BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Saturday 20 October 2012

Hidup Bersama Orang Susah Memberi Kemanisan. Tetapi Jika...

"Hidup bersama orang susah, memberi kemanisan. Tetapi jika...

hidup bersama dengan orang yang sengaja mencari susah, mengundang penderitaan."

Sebenarnya, hidup ni terlalu singkat. Singkat sangat untuk diisi dengan kesedihan.

Sebab itu, kita perlu memilih untuk hidup bahagia berbanding hidup derita.


Tapi, kenapa kadangkala kita masih memilih derita?

Mungkin sebab dalam diri kita masih ada sekeping hati yang memiliki bermacam-macam perasaan.

Lebih-lebih lagi, perasaan cinta dan kasih sayang.

Kerana hati, kerana emosi, akal tak mendapat pertimbangan.

Fuh...payah untuk keluar dari kebiasaan.

Tapi, dalam sedar atau tidak, bermacam-macam kebiasaan sudah berjaya kita tinggalkan.

Walau payah untuk dilakukan, walau banyak air mata mengalir, hidup perlu diteruskan...

"Hami, anak Mama sayang. Walau sejauh mane pun Mama pergi, InsyaAllah, Mama takkan tinggalkan Hami."





Monday 24 September 2012

menanti di dalam hujan...jpg

Baru balik keje and amik Hami dekat umah pengasuh at 7.30 pm. Time ni tunggu Sygness tapau. Tak dapat masak sebab jari kelingking saya luka. Hehe. 

Kami tapau tomyam ayam and daging masak merah. For the Nasi, Sygness lebih selesa buat kat rumah. Puas ati makan! Malam esok da janji akan masak and masak untuk bekal bagi pagi berikutnya...

Tuesday 18 September 2012

hami bosan tunggu mama & abah.jpg

Mama.. Abah.. Cepat la habiskan makan. Hami nak tido da ni..

Sunday 16 September 2012

Teman Suami Makan, Jangan Lupa Qadha Bersetubuh...

Salam



Saya suka dengan artikel blog Hamka mengenai Isteri Cantik Pun Kena Cerai. Ni persoalan yang aku memang nak tahu sangat dari pengalaman orang yang pernah melaluinya.

Tipsnye :

1) Jangan tinggalkan suami makan sorang.
2) Kalau tolak ajakan suami untuk bersetubuh, jangan lupa qadha balik.

Alhamdulillah...

Dan InsyaAllah saya tak tergolong dalam golongan tu.

Saya tak berselera makan masakan saya kalau saya makan sorang.

Saya tak dapat tidur lena kalau tidur saya tanpa suami di sisi.

Saya tak dapat buat keje dengan semangat kalau saya tak hubungi suami saya di tempat keje untuk bertanya keadaan dia.

Makanan yang saya suka tak bermakna untuk di makan kalau saya tak kongsi dengan suami saya.

Hati saya tidak tenang sekiranya saya tak bantu suami saya dari segi kewangan kerana saya tahu dia tak mampu.

Tapi...

Setakat ni tak pernah lagi perlu qadha perkara kedua. Everytime needed, always jalan. Haha.





Saturday 15 September 2012

Orang Ketiga Tak Layak Ganggu Rumah Tangga...

Salam

Why do I said so?

Saya rujuk kepada orang ketiga ni sebagai 'dia'.

Bagi saya, dia tidak layak langsung untuk mengganggu rumah tangga sepasang suami isteri.

Kenapa?

Dia tahu tak sebelum suami isteri tersebut berkahwin, betapa payahnya suami cuba untuk memikat isteri?

Dia tahu tak betapa sukarnya suami untuk meyakinkan ibu bapa isteri?

Dia tahu tak, ada juga isteri yang terpaksa mengikut suami nikah di luar negara, meninggalkan ibu bapa, menjadi anak derhaka, demi cinta mereka?

Dia tahu tak, suami / isteri tetap setia mendampingi insan tersayang walau dalam keadaan susah dan senang?

Dia tahu tak, betapa sukarnya untuk suami isteri menempuhi dugaan dalam perkahwinan untuk tahun pertama?

Dia tahu tak, hubungan suami isteri lebih bermakna ketika hadirnya cahaya mata antara mereka?

Dia tahu tak HAKIKATNYA suami isteri sangat dan saling menyintai antara satu sama lain?

Dia tidak akan pernah tahu selagi dia tidak mengalaminya sendiri. Dia tidak akan pernah tahu selagi dia masih belum memiliki cinta sejatinya.

Tolong jangan ganggu rumah tangga suami isteri. Dia mungkin hanya dugaan sementara antara suami isteri. So, please remain as dugaan. Just temporary. Dan jangan ganggu lagi... Kerana hakikatnya,

Kami Bahagia Bersama...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...