Salam...
Walaupun Hami baru brusia 4 bulan, saya dah belikan buku untuk dia. Sebab saya percaya kepada fakta bahawa penyerapan ilmu terbaik bagi anak-anak adalah ketika mereka berumur dari bayi hingga 3 tahun.
Saturday, 15 September 2012
Bayi 4 Bulan Membaca Buku...
Posted by Unknown at 2:34 pm 2 comments
Labels: Bebel
Friday, 14 September 2012
Moody Post...
Tak de mood betul hari ni...
Da dua malam. Dua malam dan dua malam...
Grrr... Rasa macam nak telan orang je tau!
Tension. Pening kepala. Serabut kepala. Walaupun cuba senyum, tapi muka tetap muncung. Boleh sangkut hanger!
Tak leh nak senyum! Tak leh nak senyum! Sebab da dua malam. Hish!
Tekanannya..................................!!!!!!
"Bila teringat kat Hami, cool sikit panas hati ni..."
Sihat betul anak Mama. Sampai ade dua dagu! Meh isi Hami sikit, bagi kat Mama.
Posted by Unknown at 10:01 am 0 comments
Labels: Hati ku Berkata
Thursday, 13 September 2012
Buat Saya Rasa Sensual...
Salam...
Saya suka sangat shower gel ni. Saya baru cuba baru-baru ni. Gabungan bau Moroccan Rose dan Ginseng, bau dia tak terlalu keras dan tak terlalu lembut. Sedap-sedap je. Buat saya rasa sensual.
Berbalik kepada cerita shower gel...
Sebelum ni, saya pernah kerja dekat The Body Shop Mesra Mall. Dekat sana ada jugak jenama minyak wangi nama Moroccan Rose. Bagi saya, bau dia terlalu lembut. Tak sesuai untuk saya jenis orang yang lasak. Saya suka minyak wangi yang sedang-sedang je bau dia. Terlalu keras pun bukan lambang character saya.
Time masuk kete after Sygness da sampai office jemput saya, Sygness kata, "Wanginya isteri abang..."
Saya suka sangat shower gel ni...
Ia buat saya rasa sensual terhadap suami saya. Wink! ;)
Posted by Unknown at 8:53 am 2 comments
Labels: Review
Wednesday, 12 September 2012
Sebab Saya Karang Post Ini...
Dua tiga hari ni, hati saya tak tenang.
Susah nak melupakan perkara tu.
Bila dipikir nak lari dari masalah, saya nak larikan diri saya jauh-jauh. Tapi, saya ada anak. Saya tak sanggup nak tinggalkan anak saya...
Bila dipikirkan untuk berhadapan dengan masalah, saya rasa saya perlu mulakan semula. Mulakan segalanya dengan melupakan apa yang membuatkan saya tidak tenang dan terfikir-fikirkan sekarang ni.
Saya perlu muhasabah diri saya. Ini adalah dugaan untuk saya dan suami. Dugaan untuk menguji keteguhan cinta kami.
Jika ia datang dari luar, saya rasa saya tersangatlah mampu mengatasinya.
Tetapi, ceritanya, ia datang dari saya. Datang dari saya kerana ia sebuah cerita lama yang bangkit kembali.
Tak boleh!
Saya perlu kuat. Saya perlu ingat impian saya. Impian untuk menjadi bidadari syurga buat suami. Saya perlu kuat!
Saya ingin bersama suami selagi hayat dikandung badan.
Lagipun sekarang, everything is going better than before. I should appreciate the moment. I shouldn't keep thinking about past and I should move on!
I just have a perfect husband, I have a cute baby. Kenapa perlu terkesan dengan gangguan luar? (Sebab ia datang dari saya?)
Tak boleh! Saya perlu kuat. Walaupun ia datang dari saya, walaupun berat hati untuk melupakannya, saya perlu kuat!
Ya Allah, bantulah aku Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa ku dan keluarga ku. Janganlah tinggalkan daku walaupun sesaat dalam menentukan kehidupan ni, Ya Allah. Matikanlah aku hari ini sekiranya keesokannya aku akan melukakan hati suamiku. Amin Ya Allah...
Posted by Unknown at 3:12 pm 0 comments
Labels: Hati ku Berkata
Friday, 24 August 2012
Beutskin Essence Memang Best! Terbaik!
Salam
Excited gile kot nak kongsi pengalaman makan supplement ni. Baru 10 Hari makan, da nampak kesan. Memang best! Betul la macam testimoni-testimoni yang Fatin baca sebelum ni. Dia buat kulit kita jadi lembap, lembut and kemerah-merahan.
Fatin baru makan 10 hari. Since sebelum ni, Fatin da ada buat proses detox, so supplement ni bagi effect cepat kat Fatin. Kalau orang yang tak pernah buat detox, mungkin lambat sikit kot result leh rasa. Masa hari pertama makan, bangun tidor tu, rasa kulit moist sangat-sangat! Rasa lembap, gebu and tak berminyak. Wuhuu!
Asalnya niat nak nampak cantik di hari raya. Ceeewah! So, that's why seminggu sebelum raya, baru start beli and makan. And after that, masa raya ramai tegur, kenapa nampak muka cam lain. Macam cerah pelik. Hehe. Pakai bedak tebal ke?
Sebelum ni, memang Fatin selalu pakai foundation, sebab banyak parut jerawat. Masa hari raya ritu, tak pakai tebal-tebal pon! Sunblock and bedak nipis je. Sebab, da konfiden gile kuar tanpa foundation tebal2. Sebab parut jerawat da kurang and kulit tak berminyak and kusam cam sial tu. Hehe.
Posted by Unknown at 12:35 pm 0 comments
Labels: Nak Cantik








