BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Saturday, 15 September 2012

Bayi 4 Bulan Membaca Buku...

Salam...

Walaupun Hami baru brusia 4 bulan, saya dah belikan buku untuk dia. Sebab saya percaya kepada fakta bahawa penyerapan ilmu terbaik bagi anak-anak adalah ketika mereka berumur dari bayi hingga 3 tahun.


Buku Hami untuk Hami mengenal Colours, Shapes dan Numbers...

Actually, cari jugak buku Alif, Ba, Ta untuk Hami dekat Popular Mesra Mall, Kerteh ni. Tapi, tak jumpa. Ingat nak beli online je la. Sebab saya ada jumpa satu kedai online yang jual flash card Alif, Ba, Ta. RM 9 je.

Masa saya tunjukkan Hami dengan patung such as bear, dinasour and etc dekat Fuyoo Magic Station, Mesra Mall, Hami tak amik port pun. Tunjuk kereta mainan, power rangers, pun tak amik port. Tapi, bila tunjuk buku-buku kat atas tu, sibuk pulak dia nak pegang.


Tengok tu. Sibuk nak pegang sendiri. Nak ajar baby, kena ada nada dan lagu tau. Baby akan lebih tertarik.

I promise to myself akan spent 15 to 30 minit sehari untuk mengajar Hami. Nak ajar dia jadi cerdik macam Mama dia. Hehe. Mama dia cerdik tau. Cuma tak diberi peluang dan hak untuk memilih minat sendiri. I will story it later...




Friday, 14 September 2012

Moody Post...

Tak de mood betul hari  ni...

Da dua malam. Dua malam dan dua malam...

Grrr... Rasa macam nak telan orang je tau!

Tension. Pening kepala. Serabut kepala. Walaupun cuba senyum, tapi muka tetap muncung. Boleh sangkut hanger!

Tak leh nak senyum! Tak leh nak senyum! Sebab da dua malam. Hish!

Tekanannya..................................!!!!!!

"Bila teringat kat Hami, cool sikit panas hati ni..."















Sihat betul anak Mama. Sampai ade dua dagu! Meh isi Hami sikit, bagi kat Mama.





Thursday, 13 September 2012

Buat Saya Rasa Sensual...

Salam...

Saya suka sangat shower gel ni. Saya baru cuba baru-baru ni. Gabungan bau Moroccan Rose dan Ginseng, bau dia tak terlalu keras dan tak terlalu lembut. Sedap-sedap je. Buat saya rasa sensual.


Gambar dekat office. Hehe.

Actually, saya bawak shower gel ni ke pejabat. Sementara tunggu Sygness ambik saya dekat pejabat dalam pukul 7, saya mandi dulu kat sana. So that, lepas balik rumah, saya tak perlu sibuk nak mandi lagi. Boleh terus masak. 

Kami ada satu kereta je. That's why kami kene kongsi kereta. Ia agak menyusahkan but secara tak langsung, ia mengeratkan hubungan kami. Actually, tak de perasaan pun pasal hikmah pergi and balik keje satu kereta ni. Cuma suatu hari tu Manager saya tegur pasal tu, En Shah.

"Beruntungnya awak. Datang, orang hantar. Balik, orang ambik..." En Shah cakap macam ni.

Saya cakap, "Ye la, En Shah. Nak buat macam mana... Saya ada satu kereta je.." sambil tersenyum.

But, En Shah mula menyatakan kelebihan dan hikmah satu kete,"Memang benda tu nampak sedikit menyusahkan, letih, sebab awak kene stay office sampai malam, tapi di sebalik tu, ia merapatkan hubungan tau."

Saya hanya angguk-angguk kepala tanda setuju.

Meja En Shah sebelah meja saya je. But, right now dia tak masuk pejabat lagi. Hehe...

Berbalik kepada cerita shower gel...

Sebelum ni, saya pernah kerja dekat The Body Shop Mesra Mall. Dekat sana ada jugak jenama minyak wangi nama Moroccan Rose. Bagi saya, bau dia terlalu lembut. Tak sesuai untuk saya jenis orang yang lasak. Saya suka minyak wangi yang sedang-sedang je bau dia. Terlalu keras pun bukan lambang character saya.

Time masuk kete after Sygness da sampai office jemput saya, Sygness kata, "Wanginya isteri abang..."

Saya suka sangat shower gel ni...

Ia buat saya rasa sensual terhadap suami saya. Wink! ;)







Wednesday, 12 September 2012

Sebab Saya Karang Post Ini...



Dua tiga hari ni, hati saya tak tenang.

Susah nak melupakan perkara tu.

Bila dipikir nak lari dari masalah, saya nak larikan diri saya jauh-jauh. Tapi, saya ada anak. Saya tak sanggup nak tinggalkan anak saya...

Bila dipikirkan untuk berhadapan dengan masalah, saya rasa saya perlu mulakan semula. Mulakan segalanya dengan melupakan apa yang membuatkan saya tidak tenang dan terfikir-fikirkan sekarang ni.

Saya perlu muhasabah diri saya. Ini adalah dugaan untuk saya dan suami. Dugaan untuk menguji keteguhan cinta kami.

Jika ia datang dari luar, saya rasa saya tersangatlah mampu mengatasinya.

Tetapi, ceritanya, ia datang dari saya. Datang dari saya kerana ia sebuah cerita lama yang bangkit kembali.

Tak boleh!

Saya perlu kuat. Saya perlu ingat impian saya. Impian untuk menjadi bidadari syurga buat suami. Saya perlu kuat!

Saya ingin bersama suami selagi hayat dikandung badan.

Lagipun sekarang, everything is going better than before. I should appreciate the moment. I shouldn't keep thinking about past and I should move on!

I just have a perfect husband, I have a cute baby. Kenapa perlu terkesan dengan gangguan luar? (Sebab ia datang dari saya?)

Tak boleh! Saya perlu kuat. Walaupun ia datang dari saya, walaupun berat hati untuk melupakannya, saya perlu kuat!

Ya Allah, bantulah aku Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa ku dan keluarga ku. Janganlah tinggalkan daku walaupun sesaat dalam menentukan kehidupan ni, Ya Allah. Matikanlah aku hari ini sekiranya keesokannya aku akan melukakan hati suamiku. Amin Ya Allah...






Friday, 24 August 2012

Beutskin Essence Memang Best! Terbaik!

Salam

Excited gile kot nak kongsi pengalaman makan supplement ni. Baru 10 Hari makan, da nampak kesan. Memang best! Betul la macam testimoni-testimoni yang Fatin baca sebelum ni. Dia buat kulit kita jadi lembap, lembut and kemerah-merahan.

Fatin baru makan 10 hari. Since sebelum ni, Fatin da ada buat proses detox, so supplement ni bagi effect cepat kat Fatin. Kalau orang yang tak pernah buat detox, mungkin lambat sikit kot result leh rasa. Masa hari pertama makan, bangun tidor tu, rasa kulit moist sangat-sangat! Rasa lembap, gebu and tak berminyak. Wuhuu!

Asalnya niat nak nampak cantik di hari raya. Ceeewah! So, that's why seminggu sebelum raya, baru start beli and makan. And after that, masa raya ramai tegur, kenapa nampak muka cam lain. Macam cerah pelik. Hehe. Pakai bedak tebal ke?

Sebelum ni, memang Fatin selalu pakai foundation, sebab banyak parut jerawat. Masa hari raya ritu, tak pakai tebal-tebal pon! Sunblock and bedak nipis je. Sebab, da konfiden gile kuar tanpa foundation tebal2. Sebab parut jerawat da kurang and kulit tak berminyak and kusam cam sial tu. Hehe.


                                            Before                                    After

Sebelum, kulit Fatin cam pucat and kusam gitu. And gambar Before tu, masa tu pakai foundation tebal. Walau nampak cerah tapi nampak tak segar. But, yang gambar After tu, gambar masa raya baru ni. Pakai bedak je kot. Tapi, kulit nampak fresh sikit. That's why Fatin cakap, product ni superb. Atas kehendak Allah Taala jugak la kan.



Tengok gambar Adira pulak.


Dia pengguna Beutskin Essence. Kalau selalu makan, leh jadi putih cam dia, untung jugak. Hhehehe

Kalau korang berminat nak order, Fatin leh tolong belikan untuk korang. RM 240 sekotak. Dalam tu ada 60 biji. Nanti, Fatin advise camne nak makan pil ni dengan lebih jimat dan berkesan. Hehe.... Kontek Fatin by phone je la neh. 0179620236. Byee....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...