BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Monday, 23 July 2012

Berhati-hati Dalam Berkata-kata

On the music first...











Mungkin korang pernah dengar dan biasa dengar. Tapi, bagi yang mengalaminya, jarang sekali. Setiap apa yang Fatin coretkan, adalah perkara yang Fatin pernah dengar, alami atau lihat sendiri.

Ada seorang suami. Dia seorang suami yang sangat baik. Mempunyai jiwa yang lembut dan kaya dengan kasih sayang. Tidak dinafikan, mungkin dialah suami yang terbaik di dunia. Tapi, bukan semua orang sempurna. Tak de orang yang sempurna.

Si suami, seorang yang suka berjenaka dengan sesiapa sahaja dan dia seorang yang ceria. Malangnya, dalam jenakanya, ada yang tidak kena. Kadangkala, jenakanya membangga diri. Kadangkala, jenakanya merendahkan orang sekelililngnya. Ya, dia berjenaka. Mungkin ada yang mengerti, mungkin ada yang terasa. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Seperti yang Fatin katakan, "Berhati-hati Dalam Berkata-kata" kerana Allah akan menguji kita dengan apa yang kita perkatakan.

Apa yang bakal Fatin perkatakan ni, terus-terang, diri ini sangat tidak layak untuk meneka kerana diri ini sebenar-benarnya tidak mengetahui. Tapi, dari mana datangnya pemikiran ini, anggapan ini, mungkin dari Allah. Allah menguji dan mewujudkan keinsafan dalam diri hambanya, melalui pemikiran dan hati kita.

Mungkin Allah menguji si suami. Mungkin. Kita tak tahu, wallahu'alam...

Si suami diuji dengan kejatuhan yang hebat. Dikelilingi hutang. Dibuang kerja. Mungkin diuji dari sikapnya yang membangga diri dalam kehebatannya melakukan kerja.

Si suami diuji dengan seorang isteri yang degil. Sehinggakan belum pernah si suami memukul wanita, akhirnya, seorang isteri yang disayangi seluruh jiwanya, menjadi mangsa tangan kasarnya. Mungkin diuji dari sikapnya yang dirasakan paling penyabar antara segala.

Si suami diuji dengan kepimpinannya sebagai seorang ketua keluarga. Keluarga dan keturunannya sendiri gagal dipimpin, gagal dibimbing, gagal mendapat penghormatan dari mereka. Mungkin diuji dari kata-katanya yang mudah mengutuk kepimpinan keluarga lain.

Si suami diuji dengan isteri yang membawa kepada punca penceraian. Mungkin diuji dari kata-katanya terhadap isteri kawan-kawannya yang sudah pun bercerai.

Muhasabah diri kita...

Kita tak tahu tapi kita boleh fikir dan Allah yang mewujudkan pemikiran ini. Jadi, ia adalah petunjuk dari Allah.

Berhati-hatilah dalam berkata-kata. Kerana Allah akan menguji kita dengan apa yang telah kita perkatakan. Atau mungkin juga, bukan kita yang diuji. Tetapi, sebaliknya kita hanya mangsa ujian. Apa itu mangsa ujian? Fatin akan kongsikan pendapat Fatin dalam post seterusnya...








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...