BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Tuesday, 14 August 2012

Mungkin Kita Bukan Diuji, Sebaliknya Menjadi Mangsa Ujian...

Sepertimana yang dijanjikan sebelum ni, sekarang aku nak sambung apa yang aku maksudkan dengan 'Mangsa Ujian'.

Nak bagi contoh untuk perkara ni, agak payah sikit sebab tak banyak contoh. Antara contoh yang aku boleh berikan ialah antara ibu bapa.

Contoh bagi mangsa ujian untuk ibu bapa dan anak.

Sebagai ibu bapa, kita kena berhati-hati dalam berkata-kata dan berjaga-jaga dalam perbuatan. Kerana kata-kata dan perbuatan kita mungkin membuatkan anak-anak kita akan menjadi mangsa dengan apa yang kita lakukan terhadap orang lain. Biar aku ceritakan kisah sebenar yang telah berlaku mengenai seorang hamba Allah.

Dia seorang ayah yang sangat tegas dan garang. Bukan sahaja anak-anaknya, orang lain pun akan jadi mangsa panas barannya. Dia jugak seorang yang kuat beragama. Solat tak pernah tinggal, isteri dan anak-anak diajar supaya menjaga aurat, Al-Quran dan Hadith fasih di mulut.Walaubagaimanapun, amalannya hanya hiasan semata-mata. Masih tidak mampu mencerminkan akhlaknya sehari-hari. Na'uzubillah...

Si ayah juga seorang yang 'gemarkan perempuan'. Tetapi, jangan salah faham. Walaupun sikap dia macam tu, dia masih menjaga batasan yang telah ditetapkan dalam agama. Malahan, perempuan yang disukainya benar-benar dijadikan isteri.

Tetapi, walaupun dijadikan isteri, si ayah melakukannya dengan cara yang tidak betul. Tanpa keizinan isteri pertama bermakna si ayah membawa anak gadis ke Thailand untuk bernikah. Bukan soal sah atau tidak sah perkahwinan tu, tapi apa yang aku nak highlightkan di sini ialah cara perkahwinannya di mana mengheret anak gadis orang supaya derhaka terhadap ibu bapanya untuk hidup dengannya menyebabkan anak gadis tersebut dibuang keluarga.

Si ayah pernah berkata kepada gadis tersebut, "Takpe. Lama-lama nanti, ayah awak akan terima la awak. Ayah mana yang tak sayang anak." Itu, bagi cerita untuk perkahwinannya yang kedua. Masih ada lagi. Kerana perkara yang sama dilakukan untuk perkahwinannya yang ketiga.

Mungkin dia bangga dia dapat memiliki 3 orang isteri, mungkin juga dia tersangat bangga bila mana kejantanannya terserlah kerana mampu memiliki anak seramai 19 orang untuk ketiga-tiga isteri ini. Tapi, dia lupa. Allah Maha Mengetahui.

Sebenarnya, selepas perkahwinannya yang ketiga, sepatutnya yang keempat bakal menyusul. Malangnya, tidak sempat diteruskan kerana si ayah telah diuji dengan perkara yang sama. Diuji dengan kesakitan, derita dan sengsara ditinggalkan anak yang ditatang seperti minyak yang penuh, semata-mata kerana seorang lelaki. Perkara tersebut berlaku terhadap anak gadis sulongnya bagi isteri pertama.

Allah tak tunggu lama untuk berikan pembalasan. Allah takkan tinggalkan kejahatan tanpa apa-apa hukuman.

Nak dijadikan cerita, anak gadis si ayah ini juga telah lari mengikut kekasihnya untuk berkahwin di Thailand. Tapi, bila dah kena batang hidung sendiri, statement "Ayah mana yang tak sayang anak..", tidak wujud lagi. Si ayah menghalau dan membuang terus anak gadisnya dari keluarga.

Sekarang, da masuk 4 tahun si anak menjauh dari keluarga. Tidak pernah balik walau sekali. Walaupun si ayah sudah bergelar datuk, dia tetap tidak mahu menerima anaknya kembali.

Dalam kes ni, si anak adalah salah satu contoh mangsa ujian. Dia menanggung akibat di atas perbuatan ayahnya terhadap anak gadis orang lain. Sebab itulah Allah pernah berfirman bahawa Allah tidak akan meninggalkan seseorang yang beriman tanpa diuji kerana Allah sayangkan orang-orang yang beriman.

Jadi, bila kita menjadi mangsa ujian, kita haruslah bersabar dan sabar. Yakin bahawa Allah sayang kita.

But, easy saying than doing...kan?



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...