Salam
Why do I said so?
Saya rujuk kepada orang ketiga ni sebagai 'dia'.
Bagi saya, dia tidak layak langsung untuk mengganggu rumah tangga sepasang suami isteri.
Kenapa?
Dia tahu tak sebelum suami isteri tersebut berkahwin, betapa payahnya suami cuba untuk memikat isteri?
Dia tahu tak betapa sukarnya suami untuk meyakinkan ibu bapa isteri?
Dia tahu tak, ada juga isteri yang terpaksa mengikut suami nikah di luar negara, meninggalkan ibu bapa, menjadi anak derhaka, demi cinta mereka?
Dia tahu tak, suami / isteri tetap setia mendampingi insan tersayang walau dalam keadaan susah dan senang?
Dia tahu tak, betapa sukarnya untuk suami isteri menempuhi dugaan dalam perkahwinan untuk tahun pertama?
Dia tahu tak, hubungan suami isteri lebih bermakna ketika hadirnya cahaya mata antara mereka?
Dia tahu tak HAKIKATNYA suami isteri sangat dan saling menyintai antara satu sama lain?
Dia tidak akan pernah tahu selagi dia tidak mengalaminya sendiri. Dia tidak akan pernah tahu selagi dia masih belum memiliki cinta sejatinya.
Tolong jangan ganggu rumah tangga suami isteri. Dia mungkin hanya dugaan sementara antara suami isteri. So, please remain as dugaan. Just temporary. Dan jangan ganggu lagi... Kerana hakikatnya,
Saturday, 15 September 2012
Orang Ketiga Tak Layak Ganggu Rumah Tangga...
Kami Bahagia Bersama...
Posted by Unknown at 3:43 pm
Labels: Hati ku Berkata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment