BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Pages

Wednesday, 12 September 2012

Sebab Saya Karang Post Ini...



Dua tiga hari ni, hati saya tak tenang.

Susah nak melupakan perkara tu.

Bila dipikir nak lari dari masalah, saya nak larikan diri saya jauh-jauh. Tapi, saya ada anak. Saya tak sanggup nak tinggalkan anak saya...

Bila dipikirkan untuk berhadapan dengan masalah, saya rasa saya perlu mulakan semula. Mulakan segalanya dengan melupakan apa yang membuatkan saya tidak tenang dan terfikir-fikirkan sekarang ni.

Saya perlu muhasabah diri saya. Ini adalah dugaan untuk saya dan suami. Dugaan untuk menguji keteguhan cinta kami.

Jika ia datang dari luar, saya rasa saya tersangatlah mampu mengatasinya.

Tetapi, ceritanya, ia datang dari saya. Datang dari saya kerana ia sebuah cerita lama yang bangkit kembali.

Tak boleh!

Saya perlu kuat. Saya perlu ingat impian saya. Impian untuk menjadi bidadari syurga buat suami. Saya perlu kuat!

Saya ingin bersama suami selagi hayat dikandung badan.

Lagipun sekarang, everything is going better than before. I should appreciate the moment. I shouldn't keep thinking about past and I should move on!

I just have a perfect husband, I have a cute baby. Kenapa perlu terkesan dengan gangguan luar? (Sebab ia datang dari saya?)

Tak boleh! Saya perlu kuat. Walaupun ia datang dari saya, walaupun berat hati untuk melupakannya, saya perlu kuat!

Ya Allah, bantulah aku Ya Allah. Ampunilah dosa-dosa ku dan keluarga ku. Janganlah tinggalkan daku walaupun sesaat dalam menentukan kehidupan ni, Ya Allah. Matikanlah aku hari ini sekiranya keesokannya aku akan melukakan hati suamiku. Amin Ya Allah...






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...